Pages

Tuesday, December 20, 2011

KEBAIKAN PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Dengan adanya internet, kanak-kanak dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan cara yang lebih menyeronokkan dan menarik. Pelbagai animasi dan grafik boleh digunakan sebagai "pembuka selera" kanak-kanak untuk belajar. Dengan internet, ruang perbincangan secara 'online' antara guru, ibu bapa dan kanak-kanak dapat dicipta. Kanak-kanak akan berasa seronok ketika belajar kerana cara pengajaran yang berbeza dapat menarik perhatian mereka. Guru pula tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk mengajar murid dengan menggunakan internet. Ibu bapa juga boleh membimbing anak-anak mereka ketika mereka di rumah. Jadi di sini internet berperanan sebagai pendidik atau tutor 'siber' yang berkesan. Ditambah lagi dengan kesan multimedia dapat menarik minat kanak-kanak mengikuti program pembelajaran dan seterusnya menanam minat. Kelebihan ini menandingi cara pembelajaran konvensional. Kesimpulannya, pembangunan sains dan teknologi komputer telah mendedahkan kanak-kanak kepada internet yang membolehkan mereka menerima maklumat dan bertukar-tukar pendapat. Perkembangan ini telah menyebabkan dunia menjadi semakin kecil dan interaksi antara individu menjadi semakin mudah...


Second Life...The exciting wolrd~



Second Life merupakan sesuatu permainan baru yang saya pelajari melalui kelas PPEA2106 Internet dan Pengajaran. Second Life merupakan permainan 3 dimensi yang mengajak anda ke alam fantasi sendiri. Boleh menggayakan pelbagai fesyen, pergi shopping, bina rumah sendiri, anda juga boleh mengajak rakan-rakan untuk menyertai 'dunia' anda dan banyak lagi...tentunya teruja kalau bermain Second Life. ^ . ^

Monday, December 12, 2011

WEB-WEB YANG DAPAT MEMBANTU PROSES P & P

Refleksi kali ini membincangkan tentang web-web yang dapat membantu proses P & P di dalam kelas. Untuk itu, saya mempersembahkan....empat web yang saya rasakan menarik untuk diteroka... :) Antaranya adalah...

1. http://learnenglishkids.britishcouncil.org/en/read-and-write. Web ini sangat menarik perhatian saya. Pelbagai aktiviti menarik juga disediakan untuk kanak-kanak dalam web ini. Tetapi saya dapati web ini adalah daripada luar negara. Apa yang menariknya, ia menyediakan enam bahasa. Antara bahasa yang digunakan adalah inggeris, arab, cina, perancis hmm...manakala dua lagi bahasa saya tidak dapat mengenalpastinya...@_@




2. http://genkienglish.net/phonicsabcsong.htm. Web ini merupakan web yang saya gunakan dalam 'presentation' bagi tajuk sumber web untuk kanak-kanak disleksia. Dalam web ini kanak-kanak boleh mempelajari huruf menggunakan fonik. Tidak kurang dengan itu, web ini juga mempunyai banyak sumber lain seperti pembelajaran bahasa inggeris, nyanyian dan permainan. Menarik kan...??



3. Sumber web ketiga ini memaparkan tentang pembelajaran bahasa melayu. Pelbagai bahan pembelajaran untuk pengayaan bahasa terdapat dalam web ini. http://bahasamelayutadika.webnode.com/products-/. Bahan-bahannya termasuklah lagu kanak-kanak, video cerita kanak-kanak, cerita pendek, kad bergambar dan sebagainya. ^_^




4. Web keempat pula menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar kepada guru dan banyak lagi aktiviti menarik untuk kanak-kanak belajar sama ada pembelajaran bahasa, matematik, sains mahupun bahasa inggeris. Kebanyakan bahan dalam laman ini merupakan aktiviti pengayaan matapelajaran matematik. Guru boleh mendapatkan softcopy daripada laman ini untuk digunakan dalam kelas...http://skdua.blogspot.com/2009/01/aktiviti-matematik.html





Selamat meneroka.... :)

Sunday, December 4, 2011

KEGUNAAN WORDPRESS DALAM P & P


Dalam pengisian blog kali ini mari kita ketahui mengenai wordpress..Apakah sebenarnya Wordpress? Wordpress adalah satu alat penerbitan percuma dalam talian. Ia merupakan satu perisian berasaskan web yang membolehkan sesiapa sahaja membina serta menyelenggarakan atau menyunting laman web atau blog. Pada asalnya tujuan Wordpress adalah sebagai satu cara mudah untuk membina blog. Fungsinya adalah sama sepertimana blogspot tapi kegunaannya lebih banyak berbanding blogspot..^_^

Friday, December 2, 2011

CAMTASIA......^_*

Pada sesi kali ini saya akan menceritakan tentang Camtasia studio yang telah kami pelajari dalam kelas PPEA2106 Internet dan Pengajaran. Camtasia studio merupakan sebuah perisian yang baru kami terokai dan mempunyai pelbagai fungsi.
Camtasia studio adalah sebuah perisian yang diterbitkan oleh TechSmith. Perisian Camtasia studio juga perlu dimuat turun sepertimana JING. Camtasia studio membolehkan kita meletakkan rakaman video webcam pada skrin. Fungsinya adalah lebih kurang sama seperti JING tetapi Camtasia studio mempunyai lebih banyak fungsi berbanding JING.
Tambahan lagi, melalui Camtasia studio kami dapat meng'edit video dengan menambahkan perkataan, kesan-kesan khas dan memotong sedutan yang tidak diperlukan dalam video. Walaubagaimanapun, untuk mempelajari semua fungsi Camtasia studio kami perlu meneroka sendiri selepas berakhirnya kelas PPEA2106 Internet dan Pengajaran, kerana fungsinya terlalu banyak sehinggakan masa tiga jam sesi pembelajaran juga saya rasa tidak cukup. Saya juga agak ketinggalan dalam sesi pembelajaran Camtasia studio ini oleh kerana video yang tidak dapat dimasukkan untuk di'edit. huuu...@_@
Jadi ada satu pengajaran tersirat yang saya dapat melalui camtasia, saya dapati untuk mempelajari sesuatu teknologi tidak semestinya bergantung kepada guru untuk mengajar kita kerana kita sendiri juga boleh meng'explore semua fungsinya sendiri. Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya...eheh ^_* padankah simpulan bahasa ni??

File:Camtasia Studio screenshot.png

what i learn today?


Pelajaran hari ini sungguh menarik dengan pelbagai pembentangan yang telah dilakukan oleh rakan-rakan pelajar PPEA2106 Internet dan Pengajaran. Kami dikehendaki memilih antara web sumber pengajaran bagi kanak-kanak atau web bagi kanak-kanak kelainan upaya.
Melalui pembentangan, saya dapati kami dapat mempelajari banyak perkara baru mengenai orang kelainan upaya. Hal ini amat bersesuaian bagi kami untuk mempelajari tentang kanak-kanak yang mempunyai kelainan upaya kerana web-web bagi kanak-kanak seperti ini masih belum diketengahkan secara meluas di Malaysia. Contohnya, melalui pembentangan kes cerebral palsy oleh Norain Adnan, saya dapat mempelajari masalah baru yang dihadapi segelintir kanak-kanak. Malahan web-web yang bersesuaian dapat memberi panduan yang sesuai kepada kami, guru dan ibu bapa yang menghadapi anak-anak yang mempunyai masalah cerebral palsy ini. Sumber daripada web-web ini boleh dijadikan rujukan untuk menangani masalah kanak-kanak kelainan upaya.
Tambahan lagi pembentangan bagi kes kelainan upaya lain juga dapat memberi penerangan secara jelas kepada kami untuk lebih memahami masalah yang dihadapi kanak-kanak melalui pembentangan kes autisme oleh Nurul Amira Burhandin. Tidak kurang juga pembentangan kes disleksia. Walaupun ramai yang memilih tajuk disleksia dan sama juga dengan tajuk yang telah saya pilih, web-web yang digunakan adalah berbeza. Cara penyampaian juga berbeza dan kami boleh berkongsi pelbagai web yang memaparkan masalah disleksia.
Selain itu, sumber-sumber web lain yang bersesuaian bagi setiap matapelajaran juga sangat berguna untuk digunakan sebagai bahan bantu mengajar. Malahan web yang digunakan oleh rakan-rakan PPEA2106 juga boleh dijadikan rujukan untuk persediaan sebelum menjadi guru. Contohnya melalui web pengajaran sains dan matematik kami dapat mempelajari cara baru dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran secara lebih efektif. Latihan melalui sumber pengajaran sains dapat memberikan bayangan konkrit terhadap pembelajaran sains. Oleh itu, pemahaman kanak-kanak dapat dicapai dengan mudah dan dapat mencapai objektif pengajaran guru.
Kesimpulannnya, sumber web daripada internet sangat berguna kepada guru sebagai persediaan menghadapi murid-murid yang mempumyai pelbagai masalah pembelajaran mahupun yang normal. Tetapi guru tidak seharusnya bergantung sepenuhnya terhadap sumber didalam internet. Cara penyampaian guru harus lebih ditekankan supaya setiap pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan kepada murid. ^_^

Saturday, November 19, 2011

WHAT I LEARN TODAY...IT'S ABOUT JING! ^.^



Pada sesi kelas PPEA2106 internet dan pengajaran minggu ini kami belajar mengenai web-web yang boleh digunakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Web-web ini merupakan aplikasi web 2.0 dalam pengajaran dan

pembelajaran. Antaranya adalah JING. Laman web ini memerlukan kami untuk memuat turun aplikasi melalui internet. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui www.techsmith.com/jing.html.
JING merupakan aplikasi yang boleh digunakan untuk mengambil gambar pada skrin, membuat rakaman video pendek yang tidak melebihi 5 minit tentang aktiviti pada skrin dan pelbagai lagi fungsi yang dapat dimanfaatkan oleh guru terutamanya. Semua pelajar kursus PPEA2106 internet dan pengajaran kelihatan begitu tertarik dengan aplikasi ini sewaktu kelas dijalankan.
Bagi saya JING merupakan suatu bahan baru yang boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar kepada guru. Aplikasi ini membolehkan guru membuat cara baru dalam sesi pengajaran ddan pembelajaran. Malahan JING juga boleh digunakan oleh pelajar untuk merakam pembentangan, merakam aktiviti penyelesaian masalah dan sebagainya.
Memandangkan perubahan teknologi yang semakin pesat membangun, aplikasi web 2.0 sangat berguna kepada guru terutamanya. Selain JING pelbagai lagi aplikasi boleh dimuat turun untuk digunakan kegunaan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Tuesday, November 8, 2011

BILIK DARJAH MASA DEPAN SAYA


Hmm...bilik darjah yang menarik pastinya dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk ke sekolah kan. Secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran pun dapat dilakukan dengan berkesan kerana kanak-kanak menumpukan perhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru kelas. Oleh itu, guru prasekolah mestilah kreatif untuk mewujudkan suasana yang ceria, kondusif dan sesuai dengan usia kanak-kanak prasekolah.
Seperti yang kita sedia maklum, pendidikan di prasekolah merupakan sesi pembelajaran yang tidak formal dan fleksibel. Jadi kanak-kanak perasekolah bukanlah terlalu terikat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran semata-mata sepertimana sekolah rendah. Oleh itu, saya mahukan sebuah bilik darjah yang mesra budaya supaya suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk murid yang pelbagai latar bangsa dan budaya.
Pertama sekali, susun atur meja dan kerusi di dalam bilik darjah adalah secara berkumpulan supaya dapat menggalakkan interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Jadi suasana dalam bilik darjah lebih menarik dan boleh merangsang proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Seterusnya, saya akan memastikan kelengkapan peralatan asas seperti papan tulis, papan kenyataan, almari yang dihiasi pelbagai bahan bacaan dan bahan bantu mengajar adalah lengkap untuk kemudahan murid-murid dan guru. Pintu dan tingkap hendaklah dibuka untuk membolehkan cahaya masuk dan peredaran udara yang mencukupi.
Selain itu, bilik darjah tersebut mestilah dilengkapi dengan pelbagai sudut ilmiah supaya kanak-kanak dapat meningkatkan tahap perkembangan mereka. Komponen-komponen pembelajaran akan dipamerkan di sudut-sudut bilik darjah. Contohnya seperti sudut bahasa, sudut seni dan kraf, sudut kerohanian dan moral, sudut sains dan matematik dan sebagainya. Daripada sudut-sudut tersebut kanak-kanak dapat memilih ruang kegemaran mereka semasa menjalankan aktiviti bebas. Malahan, hasil kerja kanak-kanak juga boleh dipamerkan di sudut ini. Secara tidak langsung, sudut ini dapat memberi semangat kepada kanak-kanak dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka akan berasa lebih dihargai apabila hasil kerja mereka dipamerkan di sudut bilik darjah.
Kesimpulannya bilik darjah yang ceria dapat memberi ruang kanak-kanak untuk belajar dengan lebih selesa. Kanak-kanak juga pastinya lebih bersemangat untuk memulakan pembelajaran mereka..... -@_@-

Tuesday, November 1, 2011

HOW TO USE INTERNET IN THE CLASSROOM


Untuk kali ini mari kita lihat bagaimana kegunaan internet dalam bilik darjah dan fungsinya sebagai bahan bantu mengajar kepada seorang GURU...^_^. Penggunaan internet dalam bilik darjah merupakan salah satu cara paling efektif yang dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P). Pelbagai sumber maklumat dan pembelajaran boleh didapati melalui penggunaan internet. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam konteks penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran tiada satu cara pun yang dikatakan sebagai cara terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan baik dan bukan sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Guru perlu menggunakan ICT bersesuaian dengan kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
Guru perlu tahu sedikit sebanyak tentang cara internet dpat digunakan dalam bilik darjah. Antara cara telah dan dapat digunakan ialah mendedahkan murid dengan pelbagai bahan yang terdapat dalam internet. Bahan- bahan ini adalah seperti imej bumi dari satelit dan imej pelbagai haiwan. Maklumat-maklumat seperti ini lebih terkini daripada apa yang diperolehi dari sumber lain. Malahan, bagi kanak-kanak prasekolah gambaran yang ditunjukkan mengenai pelbagai jenis haiwan dapat memberi gambaran secara jelas kepada mereka tentang alam sekeliling mereka.
Selain itu, guru juga dapat menggunakan internet untuk meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Hal ini demikian kerana di dalam internet terdapat pelbagai bahan yang menyediakan pelbagai aktiviti yang dapat disertai kanak-kanak mahupun murid dari peringkat rendah atau menengah atas. Dengan menggunakan kemudahan 'search engine' pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai dengan mudah.
Internet sebagai medium pengajaran dan pembelajaran juga boleh digunakan oleh guru untuk melakukan latihan secara online. Cara ini boleh digunakan untuk aktiviti pemulihan, pengukuhan, ujian dan sebagainya. Melalui cara ini juga pembelajaran dapat digunakan secara optimum dan berterusan. Manakala guru pula merupakan pembimbing dan pemudahcara dalam melakukan latihan.
Sesungguhnya guru perlu memanfaatkan penggunaan internet sesuai dengan tahap kemajuan pada hari ini. Masa dan tempat bukan lagi penghalang kepada proses pembelajaran. Secara keseluruhannnya, jelaslah bahawa internet mempunyai potensi untuk membuat proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakana. Terpulang kepada guru untuk memaksimumkan penggunaan internet ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada.

Monday, October 24, 2011

MENGAPA MENGGUNAKAN INTERNET DALAM BILIK DARJAH

  1. Penggunaan internet dapat mengelakkan pelajar berasa bosan ketika sesi P & P. Hal ini demikian kerana pelajar mungkin akan mengantuk dan bosan dengan metod pengajaran yang sama. Oleh itu, penggunaan internet mampu memberi kelainan sewaktu sesi P & P. Dengan taraf kehidupan yang semakin moden kini, memang wajar internet dijadikan sebagai alat atau bahan bantu mengajar yang efektif.
  2. Melalui internet guru dapat memberi fokus terhadap isi-isi penting yang hendak disampaikan kepada pelajar. Pelbagai bahan bantu mengajar juga mudah didapati melalui internet. Justeru, beban guru dapat diringankan.
  3. Penggunaan internet dalam bilik darjah dapat meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar. Walaubagaimanapun, guru perlu memantau pelajar-pelajar agar tidak berlaku penyalahgunaan internet memandangkan guru adalah pembimbing pelajar di sekolah.
  4. Selain itu, guru dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang. Pencarian bahan-bahan menjadi lebih mudah dengan adanya internet.

Sunday, October 2, 2011

WELCOME TO MY ENTRY..


SELAMAT DATANG...saya ucapkan kepada pengunjung-pengunjung blog ini. Semoga pengetahuan yang ada di laman ini dapat dikongsi bersama...^_^.
Sebagai mukaddimahnya saya dahulukan dengan pengenalan kepada internet. Internet adalah wadah komunikasi yang telah mempercepatkan, mempermudahkan hubungan serta capaian maklumat. Lebih 400 juta manusia dianggarkan menggunakan lebuhraya maklumat internet setiap hari. Internet merupakan rangkaian komputer terbesar di dunia dengan sumber maklumat global dimana maklumat boleh diperolehi dalam beberapa saat sahaja. Internet membolehkan komunikasi dan pertukaran maklumat dilakukan secara bebas. Ringkasnya, Internet adalah rangkaian komputer antarabangsa yang disambungkan dan boleh dicapai oleh sesiapa saja yang ada dalam rangkaian tersebut.