Hmm...bilik darjah yang menarik pastinya dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk ke sekolah kan. Secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran pun dapat dilakukan dengan berkesan kerana kanak-kanak menumpukan perhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru kelas. Oleh itu, guru prasekolah mestilah kreatif untuk mewujudkan suasana yang ceria, kondusif dan sesuai dengan usia kanak-kanak prasekolah.
Seperti yang kita sedia maklum, pendidikan di prasekolah merupakan sesi pembelajaran yang tidak formal dan fleksibel. Jadi kanak-kanak perasekolah bukanlah terlalu terikat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran semata-mata sepertimana sekolah rendah. Oleh itu, saya mahukan sebuah bilik darjah yang mesra budaya supaya suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk murid yang pelbagai latar bangsa dan budaya.
Pertama sekali, susun atur meja dan kerusi di dalam bilik darjah adalah secara berkumpulan supaya dapat menggalakkan interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Jadi suasana dalam bilik darjah lebih menarik dan boleh merangsang proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Seterusnya, saya akan memastikan kelengkapan peralatan asas seperti papan tulis, papan kenyataan, almari yang dihiasi pelbagai bahan bacaan dan bahan bantu mengajar adalah lengkap untuk kemudahan murid-murid dan guru. Pintu dan tingkap hendaklah dibuka untuk membolehkan cahaya masuk dan peredaran udara yang mencukupi.
Selain itu, bilik darjah tersebut mestilah dilengkapi dengan pelbagai sudut ilmiah supaya kanak-kanak dapat meningkatkan tahap perkembangan mereka. Komponen-komponen pembelajaran akan dipamerkan di sudut-sudut bilik darjah. Contohnya seperti sudut bahasa, sudut seni dan kraf, sudut kerohanian dan moral, sudut sains dan matematik dan sebagainya. Daripada sudut-sudut tersebut kanak-kanak dapat memilih ruang kegemaran mereka semasa menjalankan aktiviti bebas. Malahan, hasil kerja kanak-kanak juga boleh dipamerkan di sudut ini. Secara tidak langsung, sudut ini dapat memberi semangat kepada kanak-kanak dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka akan berasa lebih dihargai apabila hasil kerja mereka dipamerkan di sudut bilik darjah.
0 comments:
Post a Comment