Pages

Tuesday, December 20, 2011

KEBAIKAN PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK


Dengan adanya internet, kanak-kanak dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan cara yang lebih menyeronokkan dan menarik. Pelbagai animasi dan grafik boleh digunakan sebagai "pembuka selera" kanak-kanak untuk belajar. Dengan internet, ruang perbincangan secara 'online' antara guru, ibu bapa dan kanak-kanak dapat dicipta. Kanak-kanak akan berasa seronok ketika belajar kerana cara pengajaran yang berbeza dapat menarik perhatian mereka. Guru pula tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk mengajar murid dengan menggunakan internet. Ibu bapa juga boleh membimbing anak-anak mereka ketika mereka di rumah. Jadi di sini internet berperanan sebagai pendidik atau tutor 'siber' yang berkesan. Ditambah lagi dengan kesan multimedia dapat menarik minat kanak-kanak mengikuti program pembelajaran dan seterusnya menanam minat. Kelebihan ini menandingi cara pembelajaran konvensional. Kesimpulannya, pembangunan sains dan teknologi komputer telah mendedahkan kanak-kanak kepada internet yang membolehkan mereka menerima maklumat dan bertukar-tukar pendapat. Perkembangan ini telah menyebabkan dunia menjadi semakin kecil dan interaksi antara individu menjadi semakin mudah...


0 comments:

Post a Comment