
Untuk kali ini mari kita lihat bagaimana kegunaan internet dalam bilik darjah dan fungsinya sebagai bahan bantu mengajar kepada seorang GURU...^_^. Penggunaan internet dalam bilik darjah merupakan salah satu cara paling efektif yang dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P). Pelbagai sumber maklumat dan pembelajaran boleh didapati melalui penggunaan internet. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam konteks penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran tiada satu cara pun yang dikatakan sebagai cara terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan baik dan bukan sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Guru perlu menggunakan ICT bersesuaian dengan kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
Guru perlu tahu sedikit sebanyak tentang cara internet dpat digunakan dalam bilik darjah. Antara cara telah dan dapat digunakan ialah mendedahkan murid dengan pelbagai bahan yang terdapat dalam internet. Bahan- bahan ini adalah seperti imej bumi dari satelit dan imej pelbagai haiwan. Maklumat-maklumat seperti ini lebih terkini daripada apa yang diperolehi dari sumber lain. Malahan, bagi kanak-kanak prasekolah gambaran yang ditunjukkan mengenai pelbagai jenis haiwan dapat memberi gambaran secara jelas kepada mereka tentang alam sekeliling mereka.
Selain itu, guru juga dapat menggunakan internet untuk meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Hal ini demikian kerana di dalam internet terdapat pelbagai bahan yang menyediakan pelbagai aktiviti yang dapat disertai kanak-kanak mahupun murid dari peringkat rendah atau menengah atas. Dengan menggunakan kemudahan 'search engine' pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai dengan mudah.
Internet sebagai medium pengajaran dan pembelajaran juga boleh digunakan oleh guru untuk melakukan latihan secara online. Cara ini boleh digunakan untuk aktiviti pemulihan, pengukuhan, ujian dan sebagainya. Melalui cara ini juga pembelajaran dapat digunakan secara optimum dan berterusan. Manakala guru pula merupakan pembimbing dan pemudahcara dalam melakukan latihan.
Sesungguhnya guru perlu memanfaatkan penggunaan internet sesuai dengan tahap kemajuan pada hari ini. Masa dan tempat bukan lagi penghalang kepada proses pembelajaran. Secara keseluruhannnya, jelaslah bahawa internet mempunyai potensi untuk membuat proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakana. Terpulang kepada guru untuk memaksimumkan penggunaan internet ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada.
0 comments:
Post a Comment