Pages

Friday, December 2, 2011

what i learn today?


Pelajaran hari ini sungguh menarik dengan pelbagai pembentangan yang telah dilakukan oleh rakan-rakan pelajar PPEA2106 Internet dan Pengajaran. Kami dikehendaki memilih antara web sumber pengajaran bagi kanak-kanak atau web bagi kanak-kanak kelainan upaya.
Melalui pembentangan, saya dapati kami dapat mempelajari banyak perkara baru mengenai orang kelainan upaya. Hal ini amat bersesuaian bagi kami untuk mempelajari tentang kanak-kanak yang mempunyai kelainan upaya kerana web-web bagi kanak-kanak seperti ini masih belum diketengahkan secara meluas di Malaysia. Contohnya, melalui pembentangan kes cerebral palsy oleh Norain Adnan, saya dapat mempelajari masalah baru yang dihadapi segelintir kanak-kanak. Malahan web-web yang bersesuaian dapat memberi panduan yang sesuai kepada kami, guru dan ibu bapa yang menghadapi anak-anak yang mempunyai masalah cerebral palsy ini. Sumber daripada web-web ini boleh dijadikan rujukan untuk menangani masalah kanak-kanak kelainan upaya.
Tambahan lagi pembentangan bagi kes kelainan upaya lain juga dapat memberi penerangan secara jelas kepada kami untuk lebih memahami masalah yang dihadapi kanak-kanak melalui pembentangan kes autisme oleh Nurul Amira Burhandin. Tidak kurang juga pembentangan kes disleksia. Walaupun ramai yang memilih tajuk disleksia dan sama juga dengan tajuk yang telah saya pilih, web-web yang digunakan adalah berbeza. Cara penyampaian juga berbeza dan kami boleh berkongsi pelbagai web yang memaparkan masalah disleksia.
Selain itu, sumber-sumber web lain yang bersesuaian bagi setiap matapelajaran juga sangat berguna untuk digunakan sebagai bahan bantu mengajar. Malahan web yang digunakan oleh rakan-rakan PPEA2106 juga boleh dijadikan rujukan untuk persediaan sebelum menjadi guru. Contohnya melalui web pengajaran sains dan matematik kami dapat mempelajari cara baru dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran secara lebih efektif. Latihan melalui sumber pengajaran sains dapat memberikan bayangan konkrit terhadap pembelajaran sains. Oleh itu, pemahaman kanak-kanak dapat dicapai dengan mudah dan dapat mencapai objektif pengajaran guru.
Kesimpulannnya, sumber web daripada internet sangat berguna kepada guru sebagai persediaan menghadapi murid-murid yang mempumyai pelbagai masalah pembelajaran mahupun yang normal. Tetapi guru tidak seharusnya bergantung sepenuhnya terhadap sumber didalam internet. Cara penyampaian guru harus lebih ditekankan supaya setiap pembelajaran dapat disampaikan dengan berkesan kepada murid. ^_^

2 comments:

AyIEnz said...

seronoknye nama saye ader kat page ni... heheheheh mekaceh adik, teruja pulak...

nurul izyana lakimin said...

amboi sukenye nmpk name die ade kt cnie..haha

Post a Comment