skip to main |
skip to sidebar

- Penggunaan internet dapat mengelakkan pelajar berasa bosan ketika sesi P & P. Hal ini demikian kerana pelajar mungkin akan mengantuk dan bosan dengan metod pengajaran yang sama. Oleh itu, penggunaan internet mampu memberi kelainan sewaktu sesi P & P. Dengan taraf kehidupan yang semakin moden kini, memang wajar internet dijadikan sebagai alat atau bahan bantu mengajar yang efektif.
- Melalui internet guru dapat memberi fokus terhadap isi-isi penting yang hendak disampaikan kepada pelajar. Pelbagai bahan bantu mengajar juga mudah didapati melalui internet. Justeru, beban guru dapat diringankan.
- Penggunaan internet dalam bilik darjah dapat meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan pelajar. Walaubagaimanapun, guru perlu memantau pelajar-pelajar agar tidak berlaku penyalahgunaan internet memandangkan guru adalah pembimbing pelajar di sekolah.
- Selain itu, guru dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang. Pencarian bahan-bahan menjadi lebih mudah dengan adanya internet.
0 comments:
Post a Comment