Pages

Saturday, November 19, 2011

WHAT I LEARN TODAY...IT'S ABOUT JING! ^.^



Pada sesi kelas PPEA2106 internet dan pengajaran minggu ini kami belajar mengenai web-web yang boleh digunakan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Web-web ini merupakan aplikasi web 2.0 dalam pengajaran dan

pembelajaran. Antaranya adalah JING. Laman web ini memerlukan kami untuk memuat turun aplikasi melalui internet. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui www.techsmith.com/jing.html.
JING merupakan aplikasi yang boleh digunakan untuk mengambil gambar pada skrin, membuat rakaman video pendek yang tidak melebihi 5 minit tentang aktiviti pada skrin dan pelbagai lagi fungsi yang dapat dimanfaatkan oleh guru terutamanya. Semua pelajar kursus PPEA2106 internet dan pengajaran kelihatan begitu tertarik dengan aplikasi ini sewaktu kelas dijalankan.
Bagi saya JING merupakan suatu bahan baru yang boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar kepada guru. Aplikasi ini membolehkan guru membuat cara baru dalam sesi pengajaran ddan pembelajaran. Malahan JING juga boleh digunakan oleh pelajar untuk merakam pembentangan, merakam aktiviti penyelesaian masalah dan sebagainya.
Memandangkan perubahan teknologi yang semakin pesat membangun, aplikasi web 2.0 sangat berguna kepada guru terutamanya. Selain JING pelbagai lagi aplikasi boleh dimuat turun untuk digunakan kegunaan sesi pengajaran dan pembelajaran.

Tuesday, November 8, 2011

BILIK DARJAH MASA DEPAN SAYA


Hmm...bilik darjah yang menarik pastinya dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk ke sekolah kan. Secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran pun dapat dilakukan dengan berkesan kerana kanak-kanak menumpukan perhatian terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru kelas. Oleh itu, guru prasekolah mestilah kreatif untuk mewujudkan suasana yang ceria, kondusif dan sesuai dengan usia kanak-kanak prasekolah.
Seperti yang kita sedia maklum, pendidikan di prasekolah merupakan sesi pembelajaran yang tidak formal dan fleksibel. Jadi kanak-kanak perasekolah bukanlah terlalu terikat dengan sesi pengajaran dan pembelajaran semata-mata sepertimana sekolah rendah. Oleh itu, saya mahukan sebuah bilik darjah yang mesra budaya supaya suasana pembelajaran menjadi kondusif untuk murid yang pelbagai latar bangsa dan budaya.
Pertama sekali, susun atur meja dan kerusi di dalam bilik darjah adalah secara berkumpulan supaya dapat menggalakkan interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Jadi suasana dalam bilik darjah lebih menarik dan boleh merangsang proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Seterusnya, saya akan memastikan kelengkapan peralatan asas seperti papan tulis, papan kenyataan, almari yang dihiasi pelbagai bahan bacaan dan bahan bantu mengajar adalah lengkap untuk kemudahan murid-murid dan guru. Pintu dan tingkap hendaklah dibuka untuk membolehkan cahaya masuk dan peredaran udara yang mencukupi.
Selain itu, bilik darjah tersebut mestilah dilengkapi dengan pelbagai sudut ilmiah supaya kanak-kanak dapat meningkatkan tahap perkembangan mereka. Komponen-komponen pembelajaran akan dipamerkan di sudut-sudut bilik darjah. Contohnya seperti sudut bahasa, sudut seni dan kraf, sudut kerohanian dan moral, sudut sains dan matematik dan sebagainya. Daripada sudut-sudut tersebut kanak-kanak dapat memilih ruang kegemaran mereka semasa menjalankan aktiviti bebas. Malahan, hasil kerja kanak-kanak juga boleh dipamerkan di sudut ini. Secara tidak langsung, sudut ini dapat memberi semangat kepada kanak-kanak dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Mereka akan berasa lebih dihargai apabila hasil kerja mereka dipamerkan di sudut bilik darjah.
Kesimpulannya bilik darjah yang ceria dapat memberi ruang kanak-kanak untuk belajar dengan lebih selesa. Kanak-kanak juga pastinya lebih bersemangat untuk memulakan pembelajaran mereka..... -@_@-

Tuesday, November 1, 2011

HOW TO USE INTERNET IN THE CLASSROOM


Untuk kali ini mari kita lihat bagaimana kegunaan internet dalam bilik darjah dan fungsinya sebagai bahan bantu mengajar kepada seorang GURU...^_^. Penggunaan internet dalam bilik darjah merupakan salah satu cara paling efektif yang dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P & P). Pelbagai sumber maklumat dan pembelajaran boleh didapati melalui penggunaan internet. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud menggunakan ICT secara terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam konteks penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran tiada satu cara pun yang dikatakan sebagai cara terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang sebenarnya ialah apabila penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan baik dan bukan sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Guru perlu menggunakan ICT bersesuaian dengan kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran.
Guru perlu tahu sedikit sebanyak tentang cara internet dpat digunakan dalam bilik darjah. Antara cara telah dan dapat digunakan ialah mendedahkan murid dengan pelbagai bahan yang terdapat dalam internet. Bahan- bahan ini adalah seperti imej bumi dari satelit dan imej pelbagai haiwan. Maklumat-maklumat seperti ini lebih terkini daripada apa yang diperolehi dari sumber lain. Malahan, bagi kanak-kanak prasekolah gambaran yang ditunjukkan mengenai pelbagai jenis haiwan dapat memberi gambaran secara jelas kepada mereka tentang alam sekeliling mereka.
Selain itu, guru juga dapat menggunakan internet untuk meningkatkan kemahiran berbahasa murid. Hal ini demikian kerana di dalam internet terdapat pelbagai bahan yang menyediakan pelbagai aktiviti yang dapat disertai kanak-kanak mahupun murid dari peringkat rendah atau menengah atas. Dengan menggunakan kemudahan 'search engine' pelbagai bahan pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai dengan mudah.
Internet sebagai medium pengajaran dan pembelajaran juga boleh digunakan oleh guru untuk melakukan latihan secara online. Cara ini boleh digunakan untuk aktiviti pemulihan, pengukuhan, ujian dan sebagainya. Melalui cara ini juga pembelajaran dapat digunakan secara optimum dan berterusan. Manakala guru pula merupakan pembimbing dan pemudahcara dalam melakukan latihan.
Sesungguhnya guru perlu memanfaatkan penggunaan internet sesuai dengan tahap kemajuan pada hari ini. Masa dan tempat bukan lagi penghalang kepada proses pembelajaran. Secara keseluruhannnya, jelaslah bahawa internet mempunyai potensi untuk membuat proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakana. Terpulang kepada guru untuk memaksimumkan penggunaan internet ke bilik darjah dengan kebijaksanaan dan kemudahan yang sedia ada.